lagu

TENTERA BENTENG PERTAHANAN NEGARA


Kamilah Angkatan Tentera Malaysia

Yang Taat Dan Setia

Sanggup Berkorban Walau Apa Sahaja

Untuk Negara Dan Bangsa

Tentera Benteng Pertahanan Negara

Tentera Lambang Perkasa

Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata

Pantang Undur Tetap Mara

Darat Laut Dan Juga Udara

Sentiasa Terpelihara

Membujur Lalu Melintang Patah

Harapan Musuh Di Musnah

Tentera Benteng Pertahanan Negara

Tentera Lambang Perkasa

Biar Putih Tulang Jangan Putuh Mata

Pantang Undur Tetap Mara...


TENTERA DARAT MALAYSIA


Gagah dan Setia

Tabah dan Perkasa

Itulah Cogan Kata

Tentera Darat Malaysia


Gempur-Gempur Wira

Maju-Maju Mara

Rela Berkorban Jiwa

Untuk Negara Dan Bangsa


Hutan Rimba Lembah Desa

Memburu Musuh Durjana

Tidak Gentar Mara Bahaya

Pantang Undur Tetap Mara


Gempur Wira Bergelora

Semangat Untuk Perwira

Jasad Mungkin Gugur Di Rimba

Kami Tetap Gagah Setia


Gempur-Gempur Wira Maju-Maju mara

Rela Berkorban Jiwa

Untuk Negara Dan Bangsa


REJIMEN ASKAR WATANIAH


Ini Satu Harapan

Barisan Sukarelawan

Penuh Semangat Dan Keyakinan

Berdiri Sebagai Pahlawan


Mari Muda Dan Mudi

Menyahut Seruan Pertiwi

Tak Kira Keturunan Atau Bangsa

Berkhidmat Dengan Bangganya


Kamilah Sukarelawan

Dan Juga Sukarelawati

Kami Rela Berhadapan

Berundur Tak Sekali-Kali


Ini Azam Dan Janji

Menjadi Satu Sumpahan Kami

Taat Dan Bersedia Setiap Masa

Berkhidmat Untuk Negara

sejarah ringkas

Rej 516 (AW) merupakan pasukan yang baru ditubuhkan pada penghujung tahun 1998. Rej 516 (AW) adalah daripada kekuatan Rej 507 (AW) yang bertempat di Kem Bukit Perwira, Kota Kinabalu.
Penubuhan Rej 516 (AW) telah diluluskan oleh MAT ke 366 yang telah bersidang pada 31 Mac 98. Rej 516 (AW) telah ditubuhkan secara ‘ad-hoc’ pda 1 Jun 1997 dengan meminjam perjawatan bn 4/Rej 507 (AW) untuk menubuhkan MK Rejimen. Perjawatan secara rasmi hanya diluluskan pada 7 Mei 2002. Peringkat penubuhan rejimen telah dilaksanakan secara berperingkat seperti berikut:
  • Peringkat 1 – Penubuhan nukleus rejimen. Menumpang Kem Bukit Perwira mulai 14 Okt 1997.
  • Peringkat 2 – Penubuhan MK Rejimen dan Batalion pertama. Pada 30 Nov 1998, nukleus rejimen berpindah ke Kem Kukusan Tawau dan pada tahun 1999, MK Rej dan Bn 1 ditubuhkan.
  • Peringkat 3 – Bn 2 telah ditubuhkan di Semporna pada 1 Jan 2000.
  • Peringkat 4 – Bn 3 ditubuhkan di Sandakan pada 1 Jan 2001.
Kewujudan Rej 516 AW sememangnya dialu-alukan oleh semua pihak apatah lagi kian hari mendapat sambutan yang membanggakan dari segenap lapisan masyarakat. Dengan adanya satu rejimen lagi di negeri Sabah ini ianya akan dapat membantu Rej 507 (AW) dari segi pengawalan keselamatan.

LAGU ASKAR WATANIAH

Ini satu harapan
Dari barisan sukarelawan
Penuh semangat dan keyakinan
Berdiri sebagai pahlawan
 
 Mari muda dan mudi 
 Sahutlah seruan pertiwi
 Tak kenal keturunan ataupun bangsa
 Berkhidmat dengan bangganya  

Kamilah sukarelawan
Juga sukarelawati
Kami rela berhadapan
Berundur tak sekali-kali
 
Ini azam dan janji 
Menjadi satu sumpahan kami
Taat dan bersedia setiap masa
Berkhidmat untuk negara

IKRAR KESATRIA

Kami berikrar:

1. Beriman kepada Tuhan dan bertaqwa kepadaNya

2. Setia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingannya dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah

3. Memegang teguh disiplin tentera dan senantiasa menjunjung tinggi sikap keperwiraan dan kehormatan tentera.

4. Mengutamakan perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas

5. Menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya

Rejimen 516 Askar Wataniah

"WATAN PEMBELA NUSA"

Selamat datang dan terima kasih atas kesudian anda berkunjung ke laman blog ini...
diharapkan dengan kewujudan blog ini dapat membantu anda
dalam memberi serba sedikit maklumat berkenaan berkenaan askar wataniah...
di samping memberikan pengetahuan,
blog ini juga akan berusaha untuk mendapatkan maklumat dan menceritakan kepada pengunjung berkenaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan atau dilaksanakan terutama sekali
berkenaan dengan rejimen 516 aw tawau...
selain itu akan menjadi medium perantara untuk turut menyampaikan sebarang pengumuman
berkenaan rejimen ini...
sebarang komen atau maklumbalas bolehla dimajukan ke ruangan 'guestbook'...
anda hanya perlu klik pada pautan berkenaan dan beri ulasan anda...
atau sebarang maklumat lain anda boleh terus e-mail kepada saya pada ruangan 'hubungi saya'..
sekian buat kali ini...

Followers

komunitas

am_amer85@yahoo.co.uk
dlastvoice69@gmail.com

sila mampir dong

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP