sejarah ringkas

Rej 516 (AW) merupakan pasukan yang baru ditubuhkan pada penghujung tahun 1998. Rej 516 (AW) adalah daripada kekuatan Rej 507 (AW) yang bertempat di Kem Bukit Perwira, Kota Kinabalu.
Penubuhan Rej 516 (AW) telah diluluskan oleh MAT ke 366 yang telah bersidang pada 31 Mac 98. Rej 516 (AW) telah ditubuhkan secara ‘ad-hoc’ pda 1 Jun 1997 dengan meminjam perjawatan bn 4/Rej 507 (AW) untuk menubuhkan MK Rejimen. Perjawatan secara rasmi hanya diluluskan pada 7 Mei 2002. Peringkat penubuhan rejimen telah dilaksanakan secara berperingkat seperti berikut:
  • Peringkat 1 – Penubuhan nukleus rejimen. Menumpang Kem Bukit Perwira mulai 14 Okt 1997.
  • Peringkat 2 – Penubuhan MK Rejimen dan Batalion pertama. Pada 30 Nov 1998, nukleus rejimen berpindah ke Kem Kukusan Tawau dan pada tahun 1999, MK Rej dan Bn 1 ditubuhkan.
  • Peringkat 3 – Bn 2 telah ditubuhkan di Semporna pada 1 Jan 2000.
  • Peringkat 4 – Bn 3 ditubuhkan di Sandakan pada 1 Jan 2001.
Kewujudan Rej 516 AW sememangnya dialu-alukan oleh semua pihak apatah lagi kian hari mendapat sambutan yang membanggakan dari segenap lapisan masyarakat. Dengan adanya satu rejimen lagi di negeri Sabah ini ianya akan dapat membantu Rej 507 (AW) dari segi pengawalan keselamatan.

0 comments:

Post a Comment

Followers

komunitas

am_amer85@yahoo.co.uk
dlastvoice69@gmail.com

sila mampir dong

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP